Wednesday, March 18, 2009

Motivasi dari Huguan siow Kimaragang untuk orang Kimaragang



Dua orang Huguan Siow Kimaragang. Prof Dr. Jedol dan Prof Dr. Jualang.

Peserta Kem Motivasi SMK Tandek Mac 2009
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada huguan2 siow kimaragang yang telah datang ke Kem Matematik SMK Tandek pada bulan Mac 2008. Saya amat berbangga dengan mereka kerana niat mereka untuk membantu orang-orang Tandek umumnya dan orang-orang kimaragang khususnya. Sesungguhnya bukan senang untuk mencari bijak pandai seperti mereka yang sanggup berkorban masa, tenaga, dan wang demi untuk anak2 kimaragang yang semakin hilang arah.
Prof Dr. Jedol, Prof Dr. Jualang merupakan pensyarah di UMS yang selalu sebok bukan saja sebagai pensyarah, juga sebok dengan tanggungjawab lainnya. Walaupun mereka sebok, mereka masih mempunyai masa menjengok anak2 kimaragang di Tandek. Orang Tandek patut bersyukur dapat bijak pandai seperti mereka yang tidak luki dengan ilmu. Ibubapa patut sedar bahawa pendidikan anak2 mereka tidak boleh diabaikan. Mereka datang jauh2 dari UMS semata-mata untuk memastikan anak2 kimaragang bermotivasi untuk melanjutkan pelajaran, kenapa pula ibubapa tak menghargainya.
Kepada anak2 muda kimaragang, sedarilah bahawa masa depan anda bermula di sekolah. kalau anda sudah dewasa nanti, pasti anda mahukan kesenangan. Pasti anda mau memiliki pasangan yang anda cintai, kereta yang cantik, rumah yang besar, tanah yang besar dan segala2 yang anda pernah mimpikan. Tapi semuanya itu hanyalah mimpi sekiranya anda tak berusaha di sekolah. Hidup diibaratkan roda. Ada kalanya di atas, ada kalanya di bawah. Bagi pelajar yang suka enjoy di sekolah, masa itu anda seperti berada di atas roda, tapi nanti pasti anda akan berada di bawah roda apabila anda gagal melanjutkan pelajaran kerana gagal mendapatkan keputusan yang baik.
Akhir sekali, saya amat2lah berharap agar ramai lagi orang2 kimaragang dapat menghulurkan bantuan kepada anak2 kimaragang, supaya suku kaum kimaragang boleh bersaing dengan suku2 kaum yang lain. Walaubagaimanapun, perlu diingat juga 'tanda' suku kaum kimaragang. Apa yang menyebabkan suku kita dikenali sebagai kimaragang? kerana bahasa yang kita gunakan. Adalah diharapkan bahasa pertuturan kimaragang dipelihara agar suku kaum kimaragang sentiasa dikenali. Gunakanlah bahasa kimaragang sebagai bahasa pertama di rumah. Tak kan hilang kimaragang di dunia.. Hidup Kimaragang...

3 comments:

kimaragang.org said...

MMsakoma. Prof. Madya Dr. Jedol menyampaikan terima kasih di atas posting ini. Beliau menambah, semoga lebih ramai anak-anak Kimaragang yang akan lebih berjaya pada masa-masa akan datang.

kimaragang.org said...

MMsakoma. Prof. Madya Dr. Jedol menyampaikan terima kasih di atas posting ini. Beliau menambah, semoga lebih ramai anak-anak Kimaragang yang akan lebih berjaya pada masa-masa akan datang.

Raja Mogudan said...

salam sejahtera semua, pada mesyuarat induk pesta kaamatan baru2 ini saya telah mencadangkan pada sidang agar satu pukulan kulintangan dari suku kaum kimaragang diadakan non-stop 24 jam dan dimasukkan ke dalam Malaysian Books Of Record, sila bagi komen dan sokongan dan sila berhubung kepada mantan yb albert adun sebagai pengerusi KDCA daerah KM