Sunday, August 17, 2008

Deklarasi Torongsoko 08



Satu langkah bersejarah buat suku kaum Kimaragang, Deklarasi Torongsoko menghimpunkan para bijak pandai dari suku kaum Kimaragang untuk melakar pelan kehidupan orang-orang dari suku kaum Kimaragang.

DEKLARASI TORONG SOKO 08 (draft)
Menyedari bertapa pentingnya wawasan 2020 kepada negara serta bertapa perlunya bangsa Kimarang komited dalam pencapaiannya maka kami menyedari bertapa perlunya melaksanakan ketetapan-ketetapan berikut:
1. Menubuhkan Alumni Kimaragang
2. Mendokmentasikan sejarah dan sastera rakyat Kimaragang sebagai falsafah perjuangan
3. Membangunkan pangkalan data sosioekonomi Kimaragang
4. Merangka blueprint pembangunan kepimpinan bukan konvensional Kimaragang dalam aspek kepimpinan, infrastruktur, dan pembangunan insan dan sebagainya yang selari dengan kehendak Wawasan 2020
5. Kajian keatas sikap pasif pelajar bangsa Kimaragang di IPT dalam aspek kepimpinan
6. Mengusulkan kepada kerajaan untuk mewujudkan pelabuhan Kastam di Kota Marudu
7. Membangunkan blueprint pembangunan kepimpinan konvensional Kimaragang
8. Membangunkan modul pembangunan awal (sekolah rendah/menengah rendah) kepimpinan bangsa Kimaragang
9. Menubuhkan Yayasan Pendidikan Kimaragang
10. Mengadakan konvensyen kepimpinan belia dan beliawanis Kimaragang
11. Menubuhkan Majlis Penasihat (think tank) Kimaragang dianggotai pemimpin veteran, pemimpin masyarakat dan agama
12. Meminta kerajaan mewujudkan Pusat Kebudayaan Kesenian dan Warisan Kimaragang
13. Mempromosikan landmark Kimaragang
14. Mewujudkan mekanisma, menerbitkan dan meningkatkannama baik pemimpin Kimaragang
15. Menjalinkan hubungan baik dengan political authority dan pihak berkuasa yang dapat membantu meningkatkan sosioekonomi bangsa Kimaragang
16. Memberi sokongan padu kepada individu bangsa Kimaragang yang berpotensi menjadi pemimpin yang berwibawa
17. Mengenalpasti masalah, bakat dan potensi bangsa Kimaragang
18. Membudayakan sikap bersatupadu di kalangan bangsa kimaragang dalam menangani sebarang permasalahan
19. Mendorong ibubapa memberikan pendidikan tinggi kepada anak-anak Kimaragang
20. meminta kerajaan menyegerakan kewujudan daerah Tandek
21. menganjur seminar kecemerlangan pelajar Kimaragang
22. Menubuhkan koperasi Kimaragang dan Persatuan Perniagaan Bumiputera Kimaragang
23. Menubuhkan kumpulan Briged Muda Kimaragang
24. Mewujudkan Website dan Blog Kimaragang

Monday, August 4, 2008