Saturday, September 11, 2010

SMS

Sebut saja SMS semua akan teringat kadar bayaran yang paling murah. Sebelum ada HP, maklumat dihantar menggunakan surat dengan stem yg berharga 10 sen, sampul surat juga 10 sen. Suatu ketika dulu golongan yang paling ramai menggunakan surat ialah pelajar sekolah. Sekiranya mereka mau berhubungan dengan kawan lelaki atau kawan perempuan, tidak ada cara lain selain surat. Pada pengamatan saya, pada masa itu jarang ada kes teruk yang dilakukan oleh pelajar. Ini adalah kerana mereka susah hendak berhubung antara satu dengan yang lain. Sekarang ni HP dijual dengan harga yang sangat murah, sehinggakan hampir setiap individu dalam satu keluarga mampu memiliki sebuah HP. Persaingan syarikat telekomunikasi mengakibatkan pelbagai tawaran yang menarik dihidangkan kepada pemilik HP. Sebagai contohnya waktu perayaan seperti Hari Raya panggilan dan sms adalah percuma. Bayangkanlah kalau anda pelajar, anda minat dengan seseorang dan mau berhubungan dengannya. Sangat mudah, hanya tekan HP saja dan seketika itu juga mereka boleh berhubungan. Di Sekolah, guru-guru disiplin telah melakukan spotcheck pelajar yang membawa HP. Didapati ada pelajar yang menghantar SMS untuk membuat sex. Dengan adanya HP, disiplin pelajar menjadi teruk. Jika sekiranya seseorang pelajar mau mengenali seseorang yang yang dia minat, hanya sms Hi.. dan dari sinilah sms itu akan melarat sehingga terjadinya sex luar nikah. Tidak hairanlah mengapa ramai pelajar yang terjerumus ke alam yang tidak bermoral. fikir2kanlah wahai pelajar...