Thursday, December 1, 2016

Cabar dan Mencabar amalan merugikan

Kita selalu terlihat dan terdengar di TV tentang beberapa kes cabar dan mencabar. Rasanya macam perkara normal kerana ia berlaku hampir setiap hari di dalam dunia ini. Tapi bila difikir-fikirkan balik, perkara ini tidak boleh diambil mudah. Ini adalah kerana: 1. biasanya cabar mencabar ini bermula dari dua orang atau satu lawan satu. 2. kemudian setiap pihak akan membawa pula beberapa orang kawan sehingga menjadi satu kumpulan 3. sekumpulan kecil pula akan bertambah menjadi lebih besar mungkin sedaerah 4. penghujungnya, ia mengakibatkan pertembungan antara dua pihak yang besar, mungkin antara negeri. seperti yang kita selalu dengar dan lihat di media-media tempatan, cabaran dari ....... kucing ke atas seorang pemimpin warna....... (kamu tau juga baitu) seolah-olah sesuatu yang ditunggu-tunggu akan terjadi. bermula dari satu lawan satu, kini sekumpulan vs sekumpulan. Rasanya pertembungan sebegini tidak boleh dibiarkan pihak berwajib. Ini adalah kerana ia akan mengakibatkan bencana besar. Tidak mustahil ini akan mengakibatkan satu pertembungan antara dua kumpulan berskala besar. sekiranya kedua-dua kumpulan ini betul-betul merealisasikan impian mereka untuk membuktikan siapa yang lebih kuat, ini akan mengakibatkan kecederaan dan malahan kematian ramai orang yang tidak berdosa. Pandangan saya, pihak berwajib haruslah mengharamkan sebarang bentuk pergaduhan kerana ianya amat merugikan.

No comments: