Wednesday, October 7, 2009

MyGfL







MyGfL (Malaysia Grid For Learning) merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendigitalisekan sistem pendidikan negara. Dengan hanya duduk di rumah, seorang guru boleh memberikan nota atau ujian kepada pelajar di mana saja mereka berada. Begitu juga dengan pelajar, boleh mengambil nota atau ujian yang diberikan oleh guru dengan tidak payah berjumpa guru tersebut. Apa yang perlu dilakukan hanyalah membuka web http://www.mygfl.gov.my/ dan sign in sama ada sebagai guru atau pelajar. Dalam web ini guru boleh upload nota dan ujian, dan di dalam web ini juga guru-guru boleh mencari banyak bahan atau sumber pnp. SMK Tandek merupakan sekolah pertama di Malaysia yang menyediakan makmal untuk digunakan sebagai tempat kursus MyGfL ditatarkan. Sebanyak 39 orang peserta dari setiap sekolah di daerah Kota Marudu (39 buah sekolah) telah menghadiri kursus tersebut. Ketua Jurulatih (penceramah) En. Majaron merupakan School Administrator yang bertanggungjawab menyediakan ID untuk semua guru-guru yang hadir. Kursus ini boleh dikatakan sangat berjaya kerana para peserta dapat membuat tugasan-tugasan yang diberikan dengan baik.



No comments: