Thursday, December 1, 2016
Cabar dan Mencabar amalan merugikan
Kita selalu terlihat dan terdengar di TV tentang beberapa kes cabar dan mencabar. Rasanya macam perkara normal kerana ia berlaku hampir setiap hari di dalam dunia ini. Tapi bila difikir-fikirkan balik, perkara ini tidak boleh diambil mudah. Ini adalah kerana:
1. biasanya cabar mencabar ini bermula dari dua orang atau satu lawan satu.
2. kemudian setiap pihak akan membawa pula beberapa orang kawan sehingga menjadi satu kumpulan
3. sekumpulan kecil pula akan bertambah menjadi lebih besar mungkin sedaerah
4. penghujungnya, ia mengakibatkan pertembungan antara dua pihak yang besar, mungkin antara negeri.
seperti yang kita selalu dengar dan lihat di media-media tempatan, cabaran dari ....... kucing ke atas seorang pemimpin warna....... (kamu tau juga baitu) seolah-olah sesuatu yang ditunggu-tunggu akan terjadi. bermula dari satu lawan satu, kini sekumpulan vs sekumpulan. Rasanya pertembungan sebegini tidak boleh dibiarkan pihak berwajib. Ini adalah kerana ia akan mengakibatkan bencana besar. Tidak mustahil ini akan mengakibatkan satu pertembungan antara dua kumpulan berskala besar. sekiranya kedua-dua kumpulan ini betul-betul merealisasikan impian mereka untuk membuktikan siapa yang lebih kuat, ini akan mengakibatkan kecederaan dan malahan kematian ramai orang yang tidak berdosa.
Pandangan saya, pihak berwajib haruslah mengharamkan sebarang bentuk pergaduhan kerana ianya amat merugikan.
Saturday, September 11, 2010
SMS
Sebut saja SMS semua akan teringat kadar bayaran yang paling murah. Sebelum ada HP, maklumat dihantar menggunakan surat dengan stem yg berharga 10 sen, sampul surat juga 10 sen. Suatu ketika dulu golongan yang paling ramai menggunakan surat ialah pelajar sekolah. Sekiranya mereka mau berhubungan dengan kawan lelaki atau kawan perempuan, tidak ada cara lain selain surat. Pada pengamatan saya, pada masa itu jarang ada kes teruk yang dilakukan oleh pelajar. Ini adalah kerana mereka susah hendak berhubung antara satu dengan yang lain. Sekarang ni HP dijual dengan harga yang sangat murah, sehinggakan hampir setiap individu dalam satu keluarga mampu memiliki sebuah HP. Persaingan syarikat telekomunikasi mengakibatkan pelbagai tawaran yang menarik dihidangkan kepada pemilik HP. Sebagai contohnya waktu perayaan seperti Hari Raya panggilan dan sms adalah percuma. Bayangkanlah kalau anda pelajar, anda minat dengan seseorang dan mau berhubungan dengannya. Sangat mudah, hanya tekan HP saja dan seketika itu juga mereka boleh berhubungan. Di Sekolah, guru-guru disiplin telah melakukan spotcheck pelajar yang membawa HP. Didapati ada pelajar yang menghantar SMS untuk membuat sex. Dengan adanya HP, disiplin pelajar menjadi teruk. Jika sekiranya seseorang pelajar mau mengenali seseorang yang yang dia minat, hanya sms Hi.. dan dari sinilah sms itu akan melarat sehingga terjadinya sex luar nikah. Tidak hairanlah mengapa ramai pelajar yang terjerumus ke alam yang tidak bermoral. fikir2kanlah wahai pelajar...
Sunday, June 13, 2010
Wednesday, November 18, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)